Saturday, November 8, 2008

Peperiksaan Akhir Sem 1 20082009

Minggu pertama telah berlalu, tinggal lagi dua minggu lagi. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua diberikan petunjuk semasa menjawab kertas peperiksaan yang akan kita duduki. Yang dah lepas, biarlah lepas. Apa yang penting ialah pandang ke hadapan.
Kita mungkin pernah buat silap, antara sedar atau tidak sahaja.
Semoga kita semua berjaya mengorak langkah jauh ke hadapan.
Selamat berperiksa.